Sains Pemikiran Dan Etika
Setiap manusia di dalam dunia ini akan
menghadapi masalah dalam kehidupan mereka.Sebagai manusia, kita memang
tidak boleh lari dari menghadapi masalah. Masalah merupakan satu lumrah dalam
kehidupan manusia. Masalah bertujuan untuk menguji sejauhmana kemampuan seorang
manusia itu dalam menghadapi masalah tersebut dan kemampuan mereka untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Sememangnya masalah boleh diselesaikan dengan
menggunakan cara fikiran logik, penyelesaian secara agama, secara perasaan
serta secara kreatif. Terdapat beberapa kategori masalah seperti misteri,
puzzle, dilema dan peluang. Masalah perlu satu penyelesaian yang agak segera.
Sesuatu isu pula perlu ditangani dengan lebih berhati-hati.
Terdapatnya 4 sifat penyelesaian
masalah iaitu motivasi yang kuat, trait yan positif, jati diri, dan membina
kemahiran. Dalam motivasi yang kuat penyelesai masalah bersikap
positif dan tidak mudah mengalah dengan semua kesukaran dan melipatgandakan
usahanya untuk mencari penyelesaian masalah apabila ianya menjadi rumit. Dalam
trait yang positif pula penyelesai masalah akan menunjukkan minat yang
menghalang mereka dan akan melibatkan diri secara total untuk mencari
penyelesaian dengan menggunakan kecerdikan dan kepintaran mereka. Dalam jati
diri, mereka akan mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan dapat
menguasai situasi yang mungkin timbul. Dalam membina kemahiran, penyelesai
masalah perlu dipelajari melalui kursus-kursus dan bengkel-bengkel pengurusan
masalah.
Terdapat model-model yang
merupakan penyelesaian masalah secara saintifik dan logik. Sebagainya contohnya
model penyelesaian masalah enam langkah( Chang dan Kelly,1993) iaitu
memperihalkan enam langkah seperti :
- · Kenal pasti masalah
- · Analisa punca masalah
- · Kenal pasti cara penyelesaian
- · Pilih penyelesaian yang terbaik
- · Bentuk plan tindakan
- · Pelaksanaan dan penilaian
Contoh model penyelesaian masalah lapan langkah
(Francis,1990) :
- · Tuning in
- · Objective setting
- · Success measurement
- · Information collection
- · Decision making
- · Planning
- · Action
- · Review to improve
Model
penyelesaian masalah lapan langkah(Francais,1990) iaitu:
Terdapatnya
6 kategori masalah. Yang pertama adalah misteri. Misteri ialah satu situasi
yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan.
Seterusnya, tugasan (assignment). Kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh
seseorang dengan jelas memperincikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan
berserta dengan objektif pencapaian ialah tugasan. Yang ketiga pula ialah,
kesukaran (difficulties). Ianya berlaku kerana kita tidak tahu menguruskan
situasi atau kita rasakan sumber-sumber ada tidak mencukupi. Seterusnya, peluang.
Usaha harus ditumpukan untuk menerbitkan peluang sebab kebanyakan peluang yang
ada adalah hasil daripada usaha kita. Yang kelima pula ialah, tidak
pasti(puzzles). Ianya bermaksud kita tahu bahawa ada jalan penyelesaian kepada
satu masalah namun kita tidak tahu mana jalan penyelesaian yang betul. Akhirnya,
dilema. Dilemma adalah situasi di mana amat sukar untuk mencari dan menentukan penyelesaian
yang tepat untuk melakukannya. Walaupun terdapatnya maklumat yang mencukupi.
Model
penyelesaian masalah secara saintifik dan logic menggunakan lapan langkah,
iaitu :
·
Langkah 1 : Mendefinisikan masalah.
·
Langkah 2 :
Mengkelaskan masalah.
·
Langkah 3 :
Tentukan objektif.
·
Langkah 4 :
Tentukan ukuran kejayaan.
·
Langkah 5 :
Kutipan data.
·
Langkah 6 :
Membuat keputusan.
·
Langkah 7 :
Melaksanakan keputusan yang diambil
·
Langkah 8 :
Penilaian
Penyelesaian secara saintifik
melibatkan proses empirikal induktif seperti mengadakan hipotesis, mengumpul
maklumat, membuat kesimpulan.
Penyelesaian secara kreatif ataupun
lateral mempunyai ciri-ciri seperti ia tidak bersifat kritikal, ia tidak
bersifat analitikal, ia tidak bersifat vertical atau sehala.
Kaedah Enam Topi Berfikir(Edward de
Bono), yang harus dipakai satu lepas satu secara berasingan oleh seseorang.
Antara kaedahnya ialah, topi hijau yang melambangkan pemikiran kreatif dan
subur dengan berbagai-bagai idea. Keduanya adalah, topi kuning yang
melambangkan pemikiran positifdan konstruktif. Yang ketiga ialah, topi putih
sebagai lambing pemikiran objektif yang dapat membantu mencari fakta. Yang
keempat ialah topi hitam sebagai lambing pemikiran negatif dan kritikal yang
bertujuan mencari unsur-unsur keburukan sesuatu idea. Yang kelima pula ialah
topi merah yang melambangkan pemikiran emotif yang mengambil kira perasaan dan
gerak hati seseorang. Akhirnya, topi biru yang melambangkan langit di atas yang
dipakai oleh ketua.
Seterusnya, terdapat juga
Kaedah enam kasut bertindak (Edward de Bono). Pertamanya, kasut formal biru
laut iaitu tindakan secara formal, biasa, mudah dan ringkas. Kasut kelabu iaitu
tindakan secara penyelidikan, mencari bukti, maklumat dan idea baru. Kasut
perang iaitu tindakan secara praktikal, nyata, lasak, tidak formal, fleksibel
dan berkesan. Boot oren iaitu tindakan secara cemas, krisis, risiko, segera dan
berani. Selipar merah jambu iaitu tindakan secara prihatin, perikemanusiaan,
kasih sayang, lemah lembut, mesra dan ikhlas. Kasut tunggangan ungu iaitu
tindakan secara kuasa, rasmi, kepimpinan dan bertanggungjawab.
Masalah juga dapat
diselesaikan melalui perasaan seseorang. Terdapat juga penyelesaian melalui
perasaan atau emosi. Kaedah pengurusan emosi berdasarkan konsep kecerdasan EQ
yang menekankan ciri sahsiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi
tertentu. Malah, EQ merupakan kebolehan untuk mengawas (monitor) diri sendiri
dan orang lain dari segi emosi atau perasaan. Bagi Salovey, kecerdasan emosi
mengandungi lima domain utama iaitu kebolehan mengetahui emosi sendiri,
kebolehan dalam pengurusan emosi, kebolehan meningkatkan motivasi, kebolehan
mengenal emosi orang lain dan kebolehan menjalin persaudaraan. Berbeza daripada
pendekatan melalui pemikiran tersebut, pendekatan melalui perasaan dalam
menyelesaikan masalah sangat bergantung kepada kemahiran seseorang itu
mengetahui dan menguruskan emosinya.
Penyelesaian secara Islam
mempunyai dua corak yang popular iaitu pendekatan hukum dan pendekatan sufi.
Kedua-duanya ini adalah saling melengkapi kerana bertitik tolak daripada ajaran
Islam secara keseluruhannya.
Pendekatan hukum merupakan bentuk
pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Sebenarnya dengan
menyebut hukum, maksudnya di sini ialah hukum-hukum qat’I dan ijtihadi. Semuanya
wajib dipatuhi yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadith kecuali kerana
sebab darurat, penyakit, gila, pengsan, usia tua, dan cacat mental. Jadi
prinsip hukum ini bersifat ubudiyah.Ada pun hukum ijtihadi yang bersifat
rasional, ia dapat berubah-ubah menurut perubahan masa dan tempat. Namun ia
tidaklah semudah itu untuk diubahsuai tanpa sebarang sandaran syarak yang kuat
yang mengharuskannnya. Ciri-ciri syariat Islam adalah seperti
Rabbani(ketuhanan), Alamiah(universal),Syumul(menyeluruh),
Wasatiyyah(seimbang).
Pendekatan sufi dianggap
bersifat moral dan spiritual. Pendekatan sufi bersifat lembut dan lunak.
Penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi memerlukan kefahaman tentang tiga
perkara pokok, iaitu: hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian.
Kaedah penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi berasaskan proses tazkiyyah
an-nafs yang melibatkan dua dimensi iaitu dimensi horizontal dan dimensi
vertikal. Mengenai dimensi horizontal, proses tazkiyyat al-nafs atau
pembersihan diri melalui dua aspek iaitu pembersihan diri(takhalli) dari
sifat-sifat buruk(mazmumah) dan menghias diri(tahaffi) dengan sifat-sifat
baik(mahmudah).
No comments:
Post a Comment